Ingat ! Dakwah tidak memerlukan kalian untuk hidup. Dakwah adalah satu yang kuat dan kukuh kerana ia berhubung dengan Allah Yang Maha Perkasa
 
 

 
Saturday, July 08, 2006

 

IMAN - Brothers

Kau umpama rembulan
Menerangi kegelapan
Kau ibarat bintang
Menghiasi langit malam
Kau menerangi hatiku
Bak mentari terangi siang
Kau menghiasi hatiku
Yang dahulu kekosongan

Kau berikan kekuatan
Untukku terus berjuang
Hadapi segala cabaran
Atasi permasalahan
Kau curahkan kebahagiaan
Meleraikan kesedihan
Waktuku ku terasa keseorangan
Ketika dalam berjuang

Ramai yang melupakanmu
Tak ramai yang mengecap nikmatmu
Tak ramai ditemanimu
Tak ramai yang merasa manismu
Inspirasi mukmin sejati
Tempatmu letaknya di hati
Sedar kau berkurang dan bertambah
Itulah penyelamat ummah

Daku merasa manismu
Dalam menyintai Allah dan rasul
Dalam menyayangi sahabat
Dalam membenci kekufuran
Kepada Allah kuberdoa
Hidup matiku bersamamu
Bersama dihidupkan semula
Melangkah ke syurga bersama

Kan kujagamu selalu
Dengan membaca Al-Quran
Juga mengingati ajal
Mekarlah kau dihatiku

Comments: Post a Comment

 

 



al Quran
tautan ukhuwah