Ingat ! Dakwah tidak memerlukan kalian untuk hidup. Dakwah adalah satu yang kuat dan kukuh kerana ia berhubung dengan Allah Yang Maha Perkasa
 
 

 
Thursday, July 14, 2005

 

detik itu datang lagi...
haruskah mutiara jatuh lagi?
haruskan genggaman terlepas lagi?

maka hati-hati yg tegar itu luluh juga
singa-singa menjinak seketika
pelukan tak dapat menghalang
dia... harus pergi jua

pergilah.. kerana pergi juga satu perjuangan
merintis jalan menuju kemenangan
bersatulah dengan jiwa yg telah lama menyatu
labbaik... di sana menantimu

entah bila lagi... mungkin sepuluh tahun lagi
atau mungkin al-maut menyapa dulu... maka tidak sama sekali
padukanlah langkah, bulatkan visi
sebarkan risalah, tegakkan panji
pertemuan hakiki, itulah janji!

janganlah menoleh lagi
biarlah... biarkan kolam mata ini pecah
la takhaf! kami takkan tenggelam
hanya mungkin terumbang-ambing seketika
perahu ini akan terus belayar... menuju destinasi cinta

...........................................................................................................

salam sayang buat yg tersayang
sampaikan salam sayang untuk mereka yg kusayang
selamat bergabung bersama yang disayang
selamat jalan, wahai sayang
hadirmu bukan dimata, tapi memaut di hati
sayangku demi mengejar cinta Ilahi!

Comments: Post a Comment

 

 



al Quran
tautan ukhuwah