|
arrrggghhhh!!!! astaghfirullahal-'aziim!!!!
harini, bukan saje x bgn sahur, subuh pun hampir terlepas!!!! apelah dosa semlm, sampai bunyi alarm clock (walaupun dah nak habis baterry) pun x dgr!!! muhasabah balik.... astaghfirullah, manusia memang x pernah sedar kekurangan diri! x dpt nak track balik apa yg telah dilakukan. hmm... tapi pasti ada sedikit rasa ujub atau riya' dlm amal. ya Allah, ampunilah hambamu ini... ikhlaskan hatiku dalam sehala urusan... jgn kau biarkan sedikit pun niatku kerana selain dari-Mu...
memang harini, semua kerja x menjadi. sepatutnya siapkan essay harini, sebab esok boleh hantar kat supervisor untuk diedit, tapi x siap jugak. cuba cari ketenangan dgn adik2 yg dok sibuk study untuk exam... alhamdulillah, boleh lapangkan fikiran, tapi hati masih tak tenteram. Ya Allah, ampunkan aku... terlalu mengikut nafsu, memang tidur itu ni'mat... tp, kalau sampai sedap sgt diselimutkan syaitan dgn kulit khinzir... itu bala!
dah nak petang, masih bersama adik2. tetiba housemate call. "bila nak balik? rasa sakit kepala sgt la harini. semua kerja x menjadi." hmm... kena balik ni! siap2, balik rumah, masak. pastu azan, iftar. solat jamaah maghrib.
after solat maghrib & sunat, housemate yg telefon tadipun mengadu. rupanya dia yg masih trial sebagai cleaner di sebuah motel di st. kilda kena tegur dgn bosnya. katanya, dia buat kerja agak2 slow. dia pun bercerita lagi... rupanye dia terlepas subuh! bangun pukul 8.40 pastu kelam kabut nak ke tempat kerja yg about 1 hour dari rumah (dia keje kul 10)!
dia mengadu lagi "malulah..." ingatkan dia malu dgn boss baru dia sbb masuk keje lambat, rupanya....
"bukan, aku MALU DGN ALLAH! bukannya aku tak terbangun kul 5 pagi tadi. tp sbb ngantuk sgt & rasa x sihat, kononnya nak sambung tidur sikit lagi. tapi bila terbangun lagi, dah lambat. teringat kena keje, cepat2 bangun. nak solat boleh postponed; tp kerana urusan dunia, takut sgt terlambat."
glup! rasa macam kena panah org quraisy dalam perang uhud. macammana seorg kawan yg 'mangsa keadaan' dan 'tak faham' boleh keluarkan statement macam tu! ya Allah... rasa terharu bukan kepalang... diri sendiri yg sepatutnya menjadi qudwah, tapi terbalik pulak jadinya.
meminjam kata2 dlm tafsir fi zilal, berkongsi lah dgn dia "itulah yg dikatakan manusia menjadi hamba kepada manusia & hamba kepada dunia". kami berdua tertunduk diam beberapa ketika, menginsafi diri, mengenang dosa di bulan penuh ridha, barakah & maghfirah... sampailah dipanggil sorg lagi housemate utk makan.
dia (housemate yg 1st tadi)berkata lagi... "kita jgn makan lama2 ye. lepas makan kita ngaji sama2 tau"
hebatnya maghfirah & rahim Allah. dosaku dibalas dgn ni'mat!!!
posted
by
husnulkhatimah
11/05/2003 08:14:00 pm
|